Tulis Mesej kepada Perdana Menteri Ismail Sabri - gesa kerajaan mengotakan janji mereka untuk mansuhkan hukuman mati mandatori semasa sidang Parlimen 3 Okt – 29 Nov
Compose your email
Name
Email
Email Tips
+
Subject:
Mansuhkan hukuman mati mandatori semasa sidang Parlimen 3 Okt – 29 Nov
YAB Perdana Menteri, Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob dan YB Menteri Undang-Undang, Dato’ Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Saya ingin menyatakan sokongan saya terhadap komitmen Kerajaan Malaysia untuk membentangkan pindaan bagi memansuhkan hukuman mati mandatori di Malaysia pada sesi Parlimen yang akan bermula pada bulan Oktober nanti. Saya memuji langkah kerajaan untuk menggubal undang-undang yang lebih adil dan berbelas kasihan sebagai alternatif kepada hukuman mati di Malaysia. Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat menyatakan bahawa setiap orang adalah berhak kepada nyawa, kebebasan dan keselamatan diri. Hukuman mati bukan sahaja melanggar hak asasi manusia malah ia juga merupakan hukuman yang paling kejam, tidak berperikemanusiaan dan menjatuhkan maruah. Saya mengalu-alukan usaha kerajaan untuk memperkenalkan perubahan positif kepada undang-undang negara dan seterusnya menyeru kepada Kerajaan Malaysia untuk: • memastikan hukuman alternatif kepada hukuman mati mandatori adalah selaras dengan undang-undang dan piawaian hak asasi manusia antarabangsa; • memulakan semakan kehakiman bagi setiap kes yang melibatkan individu yang telah dijatuhi hukuman mati mandatori, dengan tujuan untuk meringankan hukuman mereka; dan • mengekalkan moratorium ke atas hukuman mati sehingga hukuman mati dimansuhkan sepenuhnya dan segala kes-kes yang melibatkan hukuman mati diringankan. Saya berharap untuk melihat Malaysia menyertai golongan majoriti negara-negara di dunia yang telah pun memansuhkan sepenuhnya hukuman mati. Sebagai ahli Majlis Hak Asasi Manusia PBB, Malaysia mesti menggunakan peluang yang kritikal ini untuk maju ke arah memastikan setiap individu di Malaysia dapat menikmati sepenuhnya hak kepada nyawa. Kepimpinan yang mementingkan hak asasi manusia sedemikian pasti akan membawa kesan positif di kalangan negara-negara ASEAN yang lain, dan rantau Asia Pasifik yang lebih luas. Hukuman mati mandatori mesti diberhentikan sekarang dan langkah ini harus mendorong Malaysia ke arah pemansuhan secara keseluruhan, hukuman yang paling tidak berperikemanusiaan ini.
Yes, send me updates from Amnesty Malaysia
No, do not send me updates from Amnesty Malaysia
If you choose no, you will not receive ANY emails from Amnesty Malaysia even if you were on our list previously. Remember you can also unsubscribe later at any time.
Share this campaign...
Share
Share
Tweet
Tweet