MANSUHKAN HUKUMAN MATI MANDATORI
11
emails sent
1. Find your MP
2. Enter your details
Name
Email
3. Make your email count
Subject:
Mansuhkan Hukuman Mati Mandatori Dalam Sesi Parlimen [13 Feb - 4 Apr]
Yang Berhormat, Saya menulis untuk menyatakan sokongan terhadap rang undang-undang yang dibentangkan di Parlimen untuk memansuhkan hukuman mati mandatori di Malaysia. Saya memuji langkah kerajaan untuk mencari alternatif kepada hukuman mati mandatori, yang bukan sahaja melanggar hak untuk hidup seperti yang diisytiharkan dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat, tetapi juga merupakan hukuman paling kejam, tidak berperikemanusiaan dan menjatuhkan maruah. Sebagai sebahagian daripada perubahan positif yang dialu-alukan, saya menyeru anda untuk: 1. Memberikan sokongan anda kepada kedua-dua rang undang-undang, dan untuk merebut peluang bersejarah ini untuk menamatkan penggunaan hukuman mati mandatori sebagai langkah penting ke arah pemansuhan sepenuhnya; 2. Memastikan bahawa sebarang proses pendakwaan semula adalah selaras dengan standard antarabangsa untuk perbicaraan adil, termasuk dengan memastikan bahawa mereka yang memohon untuk semakan mempunyai masa yang mencukupi, disediakan kemudahan seperti sokongan bahasa, diberikan akses kepada perwakilan undang-undang, dan dengan menjamin hak mereka untuk merayu keputusan itu; 3. Menolak hukuman sebat – yang dilarang di bawah undang-undang antarabangsa – dan hukuman alternatif lain yang melanggar larangan terhadap penyeksaan atau layanan atau hukuman lain yang kejam, tidak berperikemanusiaan atau menjatuhkan maruah; dan 4. Mengekalkan moratorium rasmi hukuman mati sehingga hukuman mati dimansuhkan sepenuhnya dan semua kes hukuman mati diringankan. Melangkaui pemansuhan hukuman mati mandatori, saya berharap untuk melihat Malaysia menyertai majoriti negara di dunia yang telah memansuhkan hukuman mati sepenuhnya. Sebagai ahli Majlis Hak Asasi Manusia PBB, Malaysia mesti mengambil langkah penting ini untuk maju ke arah menikmati sepenuhnya hak untuk hidup. Kepimpinan hak asasi manusia sebegini sudah pasti akan bergema di kalangan negara lain di ASEAN dan di rantau Asia Pasifik amnya. Penyingkiran hukuman mati mandatori merupakan suatu langkah penting, namun ia tidak semestinya yang terakhir. Malaysia boleh dan mesti gigih berusaha untuk memansuhkan hukuman kejam ini sepenuhnya.
Yes, send me updates from Amnesty Malaysia
No, do not send me updates from Amnesty Malaysia
If you choose no, you will not receive ANY emails from Amnesty Malaysia even if you were on our list previously. Remember you can also unsubscribe later at any time.
Share this campaign...
Share
Share
Tweet
Tweet