Demand Justice for Teoh Beng Hock – End Impunity and Ensure Accountability Within Law Enforcement Agencies

Demand Justice for Teoh Beng Hock – End Impunity and Ensure Accountability Within Law Enforcement Agencies

Call for an Independent Investigation and Accountability Within Law Enforcement Agencies for the Death of Teoh Beng Hock 

Call for an Independent Investigation and Accountability Within Law Enforcement Agencies for the Death of Teoh Beng Hock 

+

Tuntut Keadilan untuk Teoh Beng Hock – Tamatkan Kekebalan daripada Tindakan dan Pastikan Kebertanggungjawaban dalam Agensi Penguatkuasaan Undang-undang

Tandatangani Petisyen: Desak Siasatan Bebas dan Pertanggungjawaban dalam Kematian Teoh Beng Hock 

Kami yang menandatangani petisyen ini mendesak pihak berkuasa Malaysia untuk mengambil tindakan segera, telus dan bermakna bagi memastikan keadilan untuk Teoh Beng Hock. 

Sepanjang tempoh 11 tahun ini, walaupun pelbagai usaha telah dilakukan oleh masyarakat sivil dan keluarga Teoh Beng Hock untuk menuntut siasatan yang menyeluruh serta keputusan mahkamah yang mengesahkan wujudnya kesalahan jenayah, tiada seorang pun yang dipertanggungjawabkan. Pegawai SPRM yang terlibat juga tidak pernah didakwa. Lebih sedekad telah berlalu, namun keadilan masih belum ditegakkan untuk Teoh Beng Hock dan keluarganya. 

Kami menyeru kerajaan Malaysia untuk: 

  • Menuntut Kebenaran: Membuka semula siasatan yang bebas, telus, dan tidak berpihak terhadap kematian Teoh Beng Hock. 

  • Menegakkan Keadilan: Memastikan semua individu yang bertanggungjawab atas salah laku berkaitan kematian Teoh Beng Hock dikenakan tindakan melalui proses perundangan yang adil, telus, dan mengikut keputusan Mahkamah Rayuan.  

  • Mereformasi Institusi: Melaksanakan reformasi sistemik bagi mencegah kematian dalam tahanan pada masa hadapan, termasuk mewujudkan mekanisme pemantauan yang bebas dan berwibawa untuk semua prosedur soal siasat dan tahanan yang dijalankan oleh SPRM dan agensi penguatkuasaan lain.  

  • Pinda Seksyen 30 Akta SPRM 2009: Seksyen ini membenarkan individu disoal siasat secara berterusan dari hari ke hari tanpa perlindungan sewajarnya. Ketiadaan had masa yang jelas dan keperluan rehat di bawah Seksyen 30(3)(a) mewujudkan keadaan yang boleh dianggap sebagai tekanan psikologi atau layanan buruk. Seksyen ini perlu dipinda untuk menetapkan had masa siasatan secara berkanun, tempoh rehat wajib, akses kepada peguam, dan pemantauan bebas terhadap proses soal siasat. 

  • Mengesahkan Konvensyen Bangsa-Bangsa Bersatu Menentang Penyeksaan (UNCAT) serta menyelaraskan undang-undang tempatan dengan standard hak asasi antarabangsa bagi mencegah penyeksaan dan layanan buruk, serta memastikan pertanggungjawaban dalam semua institusi penguatkuasaan. 

 Malaysia mesti menunjukkan bahawa tiada siapa yang berada di atas undang-undang, dan bahawa hak untuk hidup, maruah dan keadilan dijamin untuk semua. Kerajaan Malaysia tidak boleh membiarkan kematian dalam tahanan berlalu begitu sahaja tanpa jawapan, atau menafikan kebenaran kepada keluarga mangsa. 

Keadilan yang dilewatkan adalah keadilan yang dinafikan. Kami berdiri bersama keluarga Teoh Beng Hock dan semua mangsa penyalahgunaan kuasa dalam tahanan.