MAKLUM AHLI PARLIMEN ANDA: KAMI MAHUKAN SURUHANJAYA BEBAS ADUAN DAN SALAH LAKU POLIS (IPCMC) YANG BERKESAN DAN BEBAS
136
emails sent
1. Find your Ahli Parlimen
2. Enter your details
Nama
E-mel
3. Make your email count
Tajuk emel :
Tolak IPCC - kita memerlukan IPCMC yang bebas dan berkesan
Yang Berhormat, Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas. Menteri Dalam Negeri dilaporkan mengumumkan kepada Parlimen pada 22 September 2021 bahawa kerajaan akan meneruskan pembacaan kedua RUU Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2020 (IPCC) pada sesi parlimen ini. Saya ingin merakamkan rasa kecewa saya dengan keputusan kerajaan untuk membentangkan rang undang-undang yang sangat lemah dan tidak berkesan ini. Rang undang-undang ini tidak memenuhi keperluan mendesak dan lama tertangguh untuk menubuhkan suruhanjaya aduan dan salah laku polis yang kuat, bebas dan berkesan. Sebagai penduduk kawasan anda, saya memohon anda menolak rang undang-undang IPCC ini. IPCC yang akan dibentuk oleh rang undang-undang ini tidak memberikan suruhanjaya kuasa yang mencukupi ataupun kebebasan yang diperlukan untuk menangani salah laku polis dengan berkesan. Lagi mengejutkan, ia lebih lemah daripada sistem yang sedia ada di bawah Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC). Terdapat banyak kelemahan dalam rang undang-undang ini, termasuk yang berikut: • Lawatan ke pusat tahanan dan semua premis polis memerlukan notis awal: o Seksyen 5(2)(b): Membuat lawatan ke mana-mana tempat dan premis seperti balai polis, rumah kakitangan polis, lokap dan pusat tahanan dengan memberikan notis awal kepada Ketua Jabatan yang berkaitan dan membuat apa-apa syor yang perlu” • Suruhanjaya tidak berkuasa menjalankan proses sabitan tetapi hanya boleh memberi cadangan kepada badan penguatkuasa yang lain, seperti MACC ataupun Suruhanjaya Pasukan Polis: o Seksyen 30: “Selepas menimbangkan dapatan dan syor oleh Jawatankuasa Aduan di bawah subseksyen 29(2), Suruhanjaya hendaklah mengambil tindakan yang berikut: (a) jika dapatan menzahirkan apa-apa kesalahan di bawah Bahagian IV Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, merujukkan dapatan itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia; (b) jika dapatan menzahirkan apa-apa kesalahan jenayah di bawah mana-mana undang-undang bertulis, merujukkan dapatan itu kepada pihak berkuasa berkaitan; (c) jika dapatan menzahirkan apa-apa salah laku, merujukkan dapatan salah laku itu kepada Suruhanjaya Pasukan Polis dengan syor untuk tindakan tatatertib; dan (d) jika dapatan menzahirkan tiada salah laku, menolak aduan itu dan memaklumkan Ketua Jabatan yang berkaitan. • Pengecualian diberi kepada Seksyen 96 dan 97 Akta Polis 1967, dan ini merangkumi perkara seperti Perintah Tetap Ketua Polis Negara (IGP Standing Orders), syarat kegunaan senjata, layanan terhadap orang kena tahan dan sebagainya. o [Seksyen 22(2)]: Walau apa pun subseksyen (1), salah laku tidak termasuk apa-apa tindakan yang dikawal selia di bawah seksyen 96 dan 97 Akta Polis 1967 • Saksi diberi pengecualian dan boleh enggan menjawab soalan jika ia berkecenderungan mendedahkan anggota polis dari pertuduhan jenayah. Mereka juga boleh enggan mendedahkan maklumat jika diklasifikasi sebagai sensitif atau memudaratkan keselamatan negara atau kepentingan negara. Peruntukan ini terlalu luas dan mudah disalahguna. o [Seksyen 27(4)] Anggota pasukan polis, pegawai badan awam atau orang yang diperiksa di bawah perenggan (1)(a) hendaklah terikat di sisi undang-undang untuk menjawab semua soalan yang diajukan kepadanya oleh pegawai Suruhanjaya, tetapi anggota pasukan polis, pegawai badan awam atau orang itu— (a) boleh enggan menjawab mana-mana soalan yang jawapannya berkecenderungan mendedahkan anggota pasukan polis, pegawai badan awam atau orang itu kepada suatu pertuduhan jenayah atau penalti atau pelucuthakan; atau (b) boleh enggan mendedahkan maklumat sensitif jika diperaku oleh Ketua Jabatan bahawa pengemukaan maklumat sensitif itu akan memudaratkan keselamatan negara atau kepentingan negara. Ini hanya beberapa contoh-contoh utama mengapa rang undang-undang ini perlu ditolak. Dengan ini saya menegaskan sokongan saya terhadap penubuhan suruhanjaya salah laku polis yang berkesan dan bebas. Ini amat penting memandangkan kekerapan berlaku kes kematian dalam tahanan. Antara yang mereka yang mati pada tahun ini ialah Mohd Afis Ahmad (28 Januari), A Ganapathy (18 April), S Sivabalan (20 Mei), Umar Faruq bin Abdullah (3 Jun) dan ramai lagi. Sebagai rakyat di Malaysia, kita telah menunggu selama beberapa dekad untuk sebuah badan yang dapat menangani kuasa polis yang tidak terhad, dan juga mewujudkan sistem yang diperlukan untuk mencapai akauntabiliti dan keadilan Yang Berhormat, saya percaya bahawa anda akan mendengar suara-suara mangsa, pengundi anda, SUHAKAM, Majlis Peguam dan pertubuhan hak asasi manusia yang lain, serta masyarakat sivil dan pihak-pihak yang lain di Malaysia untuk melakukan segala yang anda mampu supaya IPCC ini dihentikan. Saya juga meminta anda dengan segeranya memastikan Parlimen menetapkan suruhanjaya polis dan aduan salah laku (IPCMC) yang kuat, berkesan dan bebas dengan semua kuasa yang digariskan oleh Suruhanjaya Diraja 16 tahun yang lalu. Terima kasih.
Yes, send me updates from Amnesty Malaysia
No, do not send me updates from Amnesty Malaysia
If you choose no, you will not receive ANY emails from Amnesty Malaysia even if you were on our list previously. Remember you can also unsubscribe later at any time.
Share this campaign...
Share
Share
Tweet
Tweet